Monday, November 21, 2011

Cuti akhir tahun

Cuti persekolahan akhir tahun telah bermula...baru boleh tarik nafas panjang, tidak lagi terkejar-kejar diawal pagi untuk ke sekolah. Dari kecik hinggalah ke mak budak asyik ke sekolah jer sampai ke tua...cuti kali ini destinasi yang dipilih untuk tujuan jalan-jalan cari makan dan jalan-jalan perabih wang...ha ha ha kerja...kerja...kerja...cuti-cuti perabih duit...tapi kali ini tujuan utama adalah mengiringi atau dengan kata lain meramaikan menghantar sepupu yang akan bernikah pd mlm 24.11.11 di terengganu...dapatlah menambahkan koleksi batik sutera ku sepasang dua....

Destinasi pertama menuju ke KL aka Kuala Lumpur....biasala menemani suami tersayang menghadiri mesyuarat di UTM KL...destinasi ke 2 menuju ke kuala terengganu...seterusnya ke kelate, melalui grik jeli menuju ke Penang....bermalam di penang agak2 2 mlm sebelum menuju ke utara, kedah....dan seterusnya ke sempadan Malaysia/Thailand..apa lagi shopping di Padang Besar.....

Berita terkini cuti-cuti malaysia akan di sambung lagi.....

Monday, October 10, 2011

Red Velvet Cake

Lama tak menjenguk ke My Personal Blog...sibuk memanjang. Tak berkesempatan untuk meng'updated' laman di alam siber...Laman di taman diluar pun terbengkalai, sibuk menguruskan anak sendiri, anak-anak didik di sekolah dan ayah kepada anak2 sendiri. Fuhhh...sekarang boleh tarik nafas panjang sikit, anak2 sendiri 2 orang dah abis exam, tinggal lagi sorang form 2 belum exam dan anak2 didik telah selamat menduduki PMR hari ini...Baru lah boleh buat projek2 yang tertangguh....salah satu nyer adalah mencuba resepi RED VELVET CAKE dlm bahasa inggeris dan dlm bahasa melayunya kek merah baldu...

Resepi cedok dari laman web di sini...siap dengan video sekali...rasanya marbelous, cuma frosting nyer lembik sikit.

http://joyofbaking.com/RedVelvetCake.html

gambar2 akan diupload kemudian...

Friday, September 16, 2011

Dugaan....

Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang bersabar didalam menangani masalah yang melibatkan seseorang....Kuatkanlah imanku dan bersihkanlah hatiku ini daripada perasaan hasad dengki. Aku bermohon kepadaMu Ya Allah supaya diberikan kekuatan kesabaran dan keimanan untuk menangani sebarang permasaalahan yang timbul. Amin Ya Rabbal Alamin.....

Monday, August 29, 2011

Selamat Tinggal Ramadhan

Pejam celik pejam celik hampir sebulan ramadhan kita lalui...Alhamdulillah...hari ini adalah hari terakhir dibulan ramadhan dan semoga dengan kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan yang mulia ini akanmembuatkan kita semakin kuat untuk melakukan ibadah kepada Allah. Semakin banyak amalan yang dilakukan mudah-mudahan akan memberi semakin banyak pahala kepada kita. 

Sunday, July 31, 2011

Hepi birthday my little princess amni balqis

Genap 3 tahun Amni Balqis binti Nor Azman, semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat...amin ya rabbal alamin....

Laksa Sarawak

Menu pagi dan tengahari, hari ini adalah Laksa Sarawak...

bahan-bahan sampingan laksa sarawak

kuah laksa sarawak

siap untuk dimakan....Laksa Sawarak

bekas untuk dadih

ready untuk disejuk didalam fridge....dadih perasa strawberry

Friday, June 10, 2011

Nasi Dagang versi Terengganu

Buat pertama kalinya, hari ini dalam sejarah...nasi dagang versi Terengganu telah berjaya disediakan dan disajikan untuk dijadikan menu tengahari Jumaat..

 Rasa?

**     Nasi - OKey sesangat...
         Gulai nasi dagang - Boleh la...tapi tak boleh lawan Gerai Makan Kak Pah di Medan Selera Pantai Batu Burok, masih boleh diperbaiki lagi rasa gulai tongkol.

        Siapa yang cakap? siapa lagi kalau bukan my roomate....en. hubby tersayang la.

Ini la hasilnya....

ikan kayu atau ikan tongkol direbus bersama-sama asam keping n garam supaya tidak hancur...

beras nasi dagang terengganu yang diimport khas dari Negeri Ganu

acar timun n carrot

ikan kayu yang telah siap dimasak 

ready untuk makan

ini la hasilnyer....

Saturday, May 28, 2011

Cuti-cuti sekolah...

Cuti sekolah pertengahan tahun bermula hari ini....bolehlah merancang bercuti ke mana-mana untuk merehatkan minda, fizikal dan emosi. Cuti kali ini, tempat yang dipilih Negeri Terengganu....hampir 10  tahun tak menjejakkan kami disanaaa.....

Sebelum bertolak ke KT kita dengar dulu lagu ni..
 


peta Terengganu....nak gi mana dulu agak-agaknya?

Gambar-gambar akan diupload kemudian ya...

Thursday, May 26, 2011

Syukur Alhamdulillah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgW7gv1GBtTPZopNR3Or5jqblSQ_OwVDO5qHRhq2l_d0Y44EamFXe6yAZX64zY4AEi5bhcc5_O0FFJg_gK0q_tIpdXzBEW39W8LjJiX1IkyVjbM0rkqknp0LSXdTQIOsAVI_wz-t9Oqi4o/s320/Alhamdulillah_contest_entry_by_tuffix.jpg 

21 Mei 2011 adalah hari yang sungguh mengembirakan aku kerana turut tersenarai daripada salah seorang penerima APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) 2010. Tiada apa yang dapat diucapkan selain Syukur Alhamdulillah kepada Mu Ya Allah diatas rezeki yang dikurniakan kepada aku sepanjang tahun 2010 selain diberikan kenikmatan kesihatan yang baik. ALHAMDULILLAH......

Selain APC , aku juga menerima  anugerah Khidmat Cemerlang dari Yayasan Pelajaran Johor tahun 2010 bagi menjayakan Tuisyen Hikmah PMR. Alhamdullillah...

Moga hari-hari mendatang aku akan lebih cemerlang.....AMIN....


 

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada para guru-guru yang mendidik anak bangsa...
Hayati lah gurindam dibawah ini



Gurindam Seorang Guru

Hidup seorang guru sungguh bahagia
Terkenang jasa diluput tidak
Tapi pena orang luar
Bila berbicara soal guru
Aku menjawab tenang

Orang kata guru itu payah
Siang pergi malam kerja
Aku kata guru itu mudah
Siang bergaji malam bahagia
Pagi tak pernah rugi
Malam tidurpun selesa

Orang kata guru itu penat
Gaji tak seberapa kerja berlambak
Aku kata guru itu rehat
Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat
Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat
Ilmu yang dicurah tak dapat disekat
Makin dicurah makin mendekat

Orang kata guru itu sungguh bosan
Setiap tahun muka sama setiap bulan
Aku kata guru itu singguh riang
Sekali berkata murid ketawa girang
Bila berjaya murid terus menjulang
Jasa bakti tak pernah hilang

Orang kata guru itu sepi
Dihumban ke dalam hutan seperti tiada penghuni
Lebih-lebih lagi Ulu Banat tak bertepi
Aku kata guru itu "happy"
Jasa bakti dipercayai
Masuk kedalam hutan untuk berbakti
Pada bangsa anak pertiwi
Agak kelak menabur bakti
Setelah keluar dari IPT

Orang kata guru itu susah
Orang berkereta mewah berbatunya rumah
Masih meminta agar dipindah, tak pernah kena
Aku kata guru itu senang
Kereta tak ada tak bayar hutang
Rumah sederhana berhati tenang
Tidur lena pencuri tak datang
Tak dapat pindah bukan penghalang
Menerus hidup seorang pejuang

Orang kata apa boleh dikata
Kalau hati sudah dimahkota
Janji guru janji dikota
Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta
Jangan takut bila dikata
Janji kita harus dikota
Luput tidak diingat dikata.



Sunday, May 8, 2011

D-Everly Resort Melaka

Jalan-jalan, makan-makan di Melaka  dan tidur-tidur serta lepak-lepak di Everly Resort Melaka.....sambil-sambil tu xtvt merehatkan minda yang hampir-hampir stress...ikut jugak Kursus Pengurusan Stress oleh Datin Dr Zainah...bagus, mantap, berisi, dapat ilmu tapi sayang hanya dapat 1 slot di sesi pagi sahaja...slot 2 di sesi petang, balqis dah mengamuk...tapi sang suami tolong re kursus kan semula apa yang Datin cakap...

selain tu, makan-makan malam di Muara Sungai Duyung, Melaka dan makanan disponser....hanya bawak perut sajer..fuhhhh kekenyangan dengan hidangan seafood nyer yang tak berapa nak habis....gambar-gambar akan diupload kemudian, kepala sudah hampir pusing ditambah pulak dengan cuaca yang amat panas, 36 darjah celcius....

Sunday, April 17, 2011

i-city dan Nilai 3

Weekend yang dipenuhi dengan shopping2 di Nilai 3 dan jalan-jalan malam di i-City Shah Alam.

Saturday, April 9, 2011

Penghargaan dari YPJ

Penghargaan Perkhidmatan Cemerlang dari Yayasan Pelajaran Johor kerana terlibat mengajar Tuisyen Hikmah di sekolah dan ramai pelajar perfect score yang dapat straight A's ni dah lama dapat, cuma belum berkesempatan lagi nak meng'update'. Sibuk memanjang....
 Sebenarnya tak ada apa yang istimewa pun dapat anugerah ni, tapi orang dah bagi ambik jer la....rezeki dari Allah. Ini la hadiah yang dapat dari YPJ...terima kasih YPJ atas kain sutera yang bernilai RM450 tuuuu...cantik bangat, n boleh buat baju raya...he he he





Monday, March 21, 2011

Pizza

Hari ini try buat pizza setelah sekian lama Breadmaker tu tersorok dalam cabinet...dicampur plak dengan permintaan yang tinggi dari anak-anak nak makan pizza, taram jer la accesories yang ada dalam fridge, hasilnya....

sausages, isi ketam, tomato

dough base
menunggu untuk dibakar

ini la hasil.....habis sekelip mata 4 biji pizza...

Saturday, March 19, 2011

Bermacam-macam MEE

Cuti sekolah kali ini disulami dengan aktiviti masak-memasak. Masak aper? Cubalah lihat photos dibawah ini. Bermacam aneka mee ada...mee bandung, mee udang, mee hoon soup, mee goreng tak sempat ambik gambar...
Mee hoon soup campak-campak
Ini pulak mee kari kerang

Mee bandung Adami- umppphhhh sedap hingga menjilat sudu dan garpu:)

Perencah mee bandung brand Adami

Sunday, March 13, 2011

School holiday

Cuti sekolah pertengahan semester telah bermula, 12.3.2011. Destinasi mana nak dituju? Kali ni kami ke KL lagi.. asyik-asyik KL jer...apa lagi, cuti-cuti 2 in 1 la...suami bekerja..aku bersama anak-anak bersantai dan lepak-lepak di bilik tempat kami menginap. Kali nie kami stay di UTM Razak School, Jalan Semarak...bilik double bed baru RM85.00 jer...its not bad la..hajat hati dr KL nak ke Cherating dan Terengganu, jalan-jalan dan shopping2. Tapi hajat tak kesampaian...budget dah lari ke landskap rumah.

Sampai di KL terus gi melawat binatang-binatang kat Zoo Negara. Dah hampir 4 tahun tak pergi tengok binatang2 di situ, hampir tua-tua binatang kat situ dan banyak perubahan dapat dilihat.Dulu tak ada tempat Children World, kali nie dah ada. Banyak jugak binatang2 yang dah beranak pinak, ditempatkan di Children World area. Singa dan rimau pun dah tua, tak seaktif masa kami gi melawat dulu, tahun 2007. Depa asyik melepak dan tidur jer...klu ada rambut agaknya, mesti dah ada uban...he he he ...

Gambar-gambar yang sempat disnap oleh cameraman yang sporting...

suatu ketika dulu, ammar berumur 5 bulan

tika dan saat ini, ammar si baju biru 3 tahun 10 bulan
balqis posing berlatarbelakang Children World
hazim dgn 'bestfriend'nyer, flamingo oren
Bersantai.....setelah penat berjalan
peminat flamingo oren
si pengembala gajah
zirafah tengah makan tengahari
Hari ke 2, sempat melawat ke rumah abang ipar di Cheras....lepak-lepak di bilik dan makan-makan...tak ketinggalan tidur-tidur...kali nie baru betul-betul cuti  beristirehat.

Tuesday, March 8, 2011

Februari berlalu March menjelma

Lama sungguh tak meng'update' blog nie...march dah pun menjelma, blm puas rasanya menikmati februari...cepat betul masa berlalu, dan aku pun dah makin tuaaaaa....ohhhh tidak, tapi hati tetap muda belia. Februari adalah bulan sakit bagi kami sekeluarga, mana tidak...hazim adalah penghuni rumah ni yang mula-mula mendapat virus demam, diikuti oleh asyraf , ammar dan penutupnya adalah penulis blog ini sendiri. Alhamdulillah, penyakit diturunkan ada hikmahnya dan pembuang dosa-dosa kecil.

Februari juga, ammar telah dijahit sebanyak lima jarum oleh Doc Alwi di ibu jari kiri, gara-gara luka yang tidak henti-henti darah keluar. Dalam pukul 10.30 mlm, ammar terkena aluminium whiteboard di bilik beradu Hazim, panik jugak dibuatnyer, mujurnya cik hubby cool n steady...apalagi terus ke Klinik Puteri Surgery di Taman Sri Puteri, terus kena jahit...berpantang dlm seminggu. Sekarang dah ok.

Februari juga, aku busy menguruskan klinik kecik ku di sekolah...perasan la plak ada klinik sendiri...ha ha ha...mana tak nyer, dah jd guru kesihatan mesti lah ada KLINIK. Menguruskan doktor gigi dan nurse untuk buat pemeriksaan dan rawatan gigi pelajar2 sekolah...FUHHH!!!!penat sampai ke tahap gaban dibuatnyer...kad gigi tak seberapa terurus dan senarai nama yang tak berapa lengkap...tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan teratur dan lancar.

Bertambah sorang lagi anak buah aku...kali ni dapat anak buah gegirl, 3.50kg...kus semangat, anak cik mas ngan uncle naza...sempat jugak ke Hospital Pakar Puteri di Jay Bee.

Baby gegirl
selamat lahir kedunia, 28.2.2011

Februari juga, asyraf pertama kalinya dapat menjulang Piala Kejohanan Olahraga SRIH dan mendapat tempat kedua bagi acara 200 m dan 4x100m bagi kejohanan SRIH,

http://www.hidayah.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=276:sukan-srih-2011&catid=1:latest-news
Rumah Biru Juara Sukan
Asyraf bersama 'rantai' perak nyer
perbarisan rumah biru
dapat jugak tempat ke 2

Wednesday, February 16, 2011

Salam Maulidur Rasul - 15.2.2011

Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam tak kira di mana anda berada......
Dipetik dari Wikipedia:

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Monday, February 7, 2011

Hari Berserabut seDunia

Hari nie adalah hari berserabut seDUNIA bagi diri aku....menguji tahap kesabaran peringkat gaban agaknya...Sistem maklumat Murid 3kd1 telah siap di key in, tapi tetiba pulak, tak boleh nak di eksport ke dalam disket, dah pelbagai cara dibuat, tak boleh jugak..... tolong dgn cik abe pun tak selesai masalah nampaknya.....dah lah tidur sampai pukul 1.oo pagi menyiapkan SMM, tp tak settle jugak problem tu....dah lah pinjam komp cik abe, komp sendiri tak cukup power window nyer.....entah lah...harap-harap esok dpt settle masalah ngok ngek tu...

Hari ni jugak adalah hari NYANYUK bagi diri aku....ada ke patut tersalah masuk kelas. baru cuti 1 mingu, dah tak ingat kelas, agaknya dah tgh hari kot...class pukul 12.35tgh, kelas 3rk3, aku masuk kelas 3ke3. buat malu betul ngan budak2. tp  sempat control cun gitu....sib baik blm ngajar lagi...ha ha ha...padan muka aku!!!!! KURANG ASAM betuiiiii.

Dah tuaaaaa......tp lambat lagi nak pencen..

Wednesday, February 2, 2011

Rumah orkid

Kerja-kerja memasang rumah orkid oleh pekerja-pekerja En Amran telah selesai, lepas ni boleh lah ambik kerja part time menjaga pokok-pokok orkid yang hampir pupus. Ini lah hasilnya setelah siap disusun atur pasu-pasu orkid yang tak seberapa subur pokoknya.


Ini lah rumah orkid yang baru

pokok-pokok orkid yang kurang penjagaannya...

Tuesday, February 1, 2011

Makan-makan

cuti-cuti tahun baru cina ditambah dengan cuaca yang tak hujan dan tak panas, hari ni sempat gi dating ngan hubby pekena steambot kat Johny jusca taman Universiti....not bad la..baru hari ni jumpa sang suria..alhamdullillah dah hampir seminggu tak jumpa matahari...rindu rasanya, baju yang dijemur hampir kering.

Monday, January 31, 2011

Hujan ooh hujan

dah hampir seminggu hujan asyik turun setiap hari....banyak tempat yang dah banjir...segamat, skudai, kota tinggi dah pun banjir sejak dari semalam...

hujan rahmat agaknya...membersihkan udara dari segala kekotoran, debu dan sebagainya...baju yang dijemur tak kering-kering....

cuti tahun baru cina dah bermula sejak hari ini hingga la ke isnin depan...bercuti la gamaknya...hari ni sempat ke klinik gigi amin di tmn u...buat aper2 yang patut...nak cuci gigi, doktor kata 'gigi awak bersih dan tak ada stain', cuma kena tampal gigi geraham sikit jer...adalah rasa nyilu sikit.....menunggu hampir dua jam bersama cik hubby.

lepas tu, gi makan dulu...order nasi ayam kfc di econsave n terus beli alat-alat dapur..sampai rumah sekitar jam 3.30 ptg...sampai2 rumah..anak2 dr sek. pon sampai...

Saturday, January 29, 2011

XTVT menghabiskan wang

Cuti-cuti tahun baru cina adalah cuti-cuti menghabiskan pulus....dah lah baru dapat gaji..apa lagi jom ke Holiday plaza untuk menghabiskan duit...he he he....dalam satu hari sudah terbang ringgit malaysia 1500.00. beli apa yer?apa lagi gadget untuk kecantikan la...barang-barang keperluan orang pompuan. Dah hampir setahun digunapakai, dah sampai masa nyer untuk beli yang baru, dah abis la..Ditambah plak dapat sms hanya hari jumaat, 28/1/2011, 'if you buying any purchase more than rm150, you can get double baucer and double point and bla bla bla.....'from amanda, hp.
  
nak tau barang apa??????

nanti gambar2 akan diupload yer....



and today off to KL

Sunday, January 23, 2011

Weekend xtvt

Pejam celik pejam celik...dah hari ahad...cepatnya masa berlalu, dah la hari sabtu korje...baru nak rehat hari ahad, hari isnin dah hampir menjelma...hari ahad, 23 januari 2011.
Pergi ke kenduri kahwin anak kawan, Sn Siti dr Klinik Pergigian Kulai, majlis dibuat di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Mana pengantin ni, lambat pulak sampai dah hampir pukul 2.00 petang, makanan yg dihidang pun dah licin..kenyang perut..menu adalah nasi briani, ayam merah, briani daging, paceri nenas dan bubur jagung. Tunggu pengantin tak muncul, kami anak beranak jer yang posing...

Lepas gi kenduri, ronder2 bandar johor bahru. Lepas tu, cari roti kacang pool, jumpa jugak. Orang kata sedap...apa lagi, kami pon gi la cari. Jumpa jugak akhirnya kedai tu. Nak makan perut masih full. Tapau jer la, 3 keping roti. Tak sempat nak ambik gambar, da licin.....

Friday, January 21, 2011

Corat-coret Jumaat

Petang jumaat yang sungguh memenatkan...sebab aper?

1. punch card terjatuh dalam office sebelum dipunch waktu balik..so, card tertinggal di dalam office,office pulak dah ditutup...jalan penyelesaiannyer.....mintak tolong ngan farah , kerani di sekolah supaya ambik kan card tu apb farah sampai office.
2. asyraf plak tertinggal bas sekolah...gara-gara tak tumpu perhatian dengar khutbah sembahyang jumaat. asyik bersembang dgn conteng kertas..kenalah denda dgn ustaz...dah lah tu pergi 'melepas' plak...pak cik bas pon satu..tak reti nak bersabar tunggu budak2 yang lewat.  Pergi jugak meredah ke SRIH jam 3.30 petang bersama my hubby la..sampai rumah dalam pukul 5.00 petang...fuhhh...tapi alhamdulillah semuanya selamat..

Artikel yang menarik di Harian Metro, berkisar ttg larangan guru bertugas pada hari sabtu...sokong 100%, sepatutnya dari dulu lagi dah kena buat..

ANY COMMENTS????

Thursday, January 20, 2011

Cuti Thaipusam, 20.1.2011

salam semua...
dah lama tak berkesempatan meng'update' blog ni. Sibuk memanjang daripada sekolah dibuka hingga la ke hari ini. Banyak kerja dunia yang belum diselesaikan. Tambahan pula, kesihatan yang tidak berapa baik sepanjang 2 minggu. Sakit apa ya? Ulser dalam bahasa inggeris, orang melayu cakap 'mata ikan'. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana kesakitan nyer di dalam mulut, maklumlah ada 5 mata ikan, nikmat makan, nikmat untuk bercakap telah ditarik sedikit oleh Yang Maha Esa...agaknya menghapus dosa-dosa kecil ku....Alhamdulillah..sekarang dah sihat..bolehlah membebel semula dengan anak-anak kat rumah dan jugak anak2 disekolah...ha ha ha...

Dan hari dapur yang ditinggal hampir dua minggu telah berasap kembali. Bila dah sakit, nak masak pun malas. Menu for breakfast mee soup, dan menu tengahari ..kari telur dan sayur campur. tak sempat nak ambik gambar semua nya dah licin...

20.1.2011==> Alhamdulillah ...selesai satu tugas Unit kesihatan di sekolah...suntikan kancing gigi untuk pelajar ting 3 telah dapat dilaksanakan selama 2 hari..selasa, 19.1.2011 dan 20.1.2011 oleh nurse dari Klinik Kesihatan Tampoi...nak ambik gambar pun tak sempat...

ok...sambung marking buku mathematics pelajar2 3RK1...

Sunday, January 16, 2011

My Birthday

Today it's my birthday..Alhamdulillah dan syukur kehadrat Illahi kerana dapat lagi  melihat dunia.Ameen

Saturday, January 8, 2011

Korje-korje...

Baru angan2 nak bersantai kat rumah weekend ni, hanya tinggal kenangan jer la..apalagi kena gi sekolah la..hari terbuka n gotong royong sekolah n meeting bersama pengetua. aduhhhh!!!!!penat nya, bekerja 6 hari seminggu, tak per la..think positive okey, ikhlas kan diri, mudah-mudahan dapat pahala. Esok, ahad baru boleh merehatkan minda, emosi n fizikal.
Di petang hari baru la dapat membelek orkid n membuang rumput2 yang tak diingini tumbuh dicelah-celah ros jepun ku yang baru ditanam..tunggu esok pkl 10.00 pagi baru boleh ambik gambar..nama lain pokok bunga kembang pukul 10 pagi..masak pon malas, badan letih sungguh, dah 2 hari beli makanan dikedai. sori ya my hubby...