Tuesday, December 28, 2010

Hepi Birthday Fiqah

Lama tak update blog ni...busy dengan meeting di sekolah dari pagi sampailah ke petang...naik kematu dan lenguh-lenguh satu badan, maklumlah hampir 2 bulan bercuti gaji penuh..ha ha ha...
Baru sempat nak tulis blog ni, semalam 27 December 2010 adalah birthday anak sulongku, Syafiqah yang ke 13 thn...rugi lah kakak lahir hujung tahun, br 13 thn dah masuk tingkatan 2. Hanya sambut di KFC Tmn Universiti jer....





Thursday, December 23, 2010

Cuti Part 3 > Melaka

Baru juga updated cuti part 3. Cuti yang sama juga 2 in 1...bermula pada 10 Dec 2010 hingga 12 Dec 2010, stay di Avilion Legancy Melaka. Hotel baru n sungguh selesa..

baru sampai Melaka

Model kat bilik A1126

Model of Taman Mini Malysia-->baru jer 1 minggu sunat

Rumah Pahang

alamak!baru jer sunat..kalau tak boleh tumpang kat rumah Pahang

Syafiqah berangan kat atas pelamin di rumah Melaka

Jom..jom balik Balqis..banyak lagi rumah belum tengok nie..minum ais krim tu, sedap!!

Kat rumah Melaka, rehat jap la.Penat!!

duduk jap la, letih betul...abiskan ais krim dulu, dah la panas...nasib baik ada ais krim..lega....

Pintu masuk

Cuti Part 2 > Ronda-ronda KL

Cuti Part 2 pula ke Kuala Lumpur, 21 Nov 2010 hingga 24 Nov 2010. Kami duduk di Presscott Inn Hotel berhampiran Jalan Tunku Abd Rahman. Percutian 2 in 1 jugak...suami berkursus di J W Marriot Bukit Bintang, kami anak beranak sempat shopping di Jalan Tar.

Sempat jugak kami melawat PetroSains di KLCC.







Kari Ikan Terubuk Masin Bersama Nenas

Masaknya minggu lepas tapi baru sempat nak menulis blog ni...Busy katakan..ha ha ha ...First time masak kari ikan terubuk masin bersama nenas. Boleh tahan sedapnya, hingga licin....Ikan terubuk masin nie diimport dari Sarawak. Hampir setiap bulan akan dapat 2 ekor. Takkan ikan tu boleh berenang sampai ke Johor Bahru? Ohhhh tidak.......TQ to student phd hubby yg akan dtg ke UTM setiap bulan utk discuss phd nyer...

Ini lah hasilnya.....


Kari terubuk masin Sarawak





Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

First time masak siput sedut. Mimpi apa entah, tiba-tiba ternampak siput di pasar malam Sri Skudai, terus jer sambar 2 peket siput sedut, satu bungkus RM4.00. Balik rumah terus masukkan kedalam mangkuk takut mati plak siput tu klu di dalam plastik.Apa lagi siput2 tu jadilah tontonan anak-anak yg tak pernah nampak siput..sempatlah snap satu gambar seperti dibawah...cari keladi dah abis, klu tak mesti lagi ummmpph..tengok-tengok ada keledek, hentam sajer lah...siput masak lemak cili padi bersama keledek manis...


Siput yang belum dimasak

ini la hasilnya...

Saturday, December 18, 2010

Asam Pedas Ayam bersama Belimbing Besi

Hari ini masak asam pedas ayam bersama belimbing besi...dah lama tak masak asam pedas ayam, masak satu ekor ayam...licin maklumlah cuti-cuti sekolah ditambah plak dengan cuaca yang sejuk, apalagi anak-anak asyik ke dapur....makan..makan...makan...

asam pedas ayam
Orang Johor cakap, asam pedas tu adalah gulai. Kalau orang Penang, gulai tu adalah masak kari. Gulai ayam nie adalah homemade orang Johor asli...Dipelajari melalui arwah atok Raja Anda Binti Sudin..Alfatihah buat Allahyarham..amin...

Mari Buat Candy Kelapa

Candy kelapa telah siap dimasak dan siap sedia dimakan oleh anak2 termasuklah ayahnya...Caranya mudah sahaja....bahan-bahan yang diperlukan kelapa tak berapa tua dan tak terlalu muda, susu pekat, gula pasir dan sedikit pewarna mengikut citarasa sang pembuat.

Cara membuatnya...senang ajer, campurkan kesemua bahan diatas dan masak diatas api perlahan sambil dikacau hingga pekat.

Hasilnya, lihat lah gambar di bawah ini....


kelapa, susu dan gula

masak atas api perlahan

warnakan candy ikut selera

dah pekat, masukkan dlm bekas dan potong ikut suka

ini lah hasilnya CANDY KELAPA

Ini lah hasilnya candy kelapa....senang, sedap dan yummy, kata anak2 n hubby, next time boleh buat lagi. Esok mesti licinnnnnn.

Tuesday, December 14, 2010

Cuti Part 1 > Langkawi

Cuti Part 1 bermula pada 16 June 2010 hingga 19 June 2010----> bercuti ke Pulau Langkawi...baru berkesempatan nak update cuti-cuti Malaysia ke Langkawi. Cuti ini merupakan cuti 2 in 1. Apa maksudnya? Cuti bekerja sambil melancong. Suami berbengkel, anak-anak dan mamanya bersantai, melancong dan merehatkan minda, emosi dan fizikal...

Berada di Langkawi selama 3 hari 2 malam.  Antara tempat-tempat yang dilawati adalah:

Menuju ke feri untuk ke langkawi

Berada di kedai memproses minyak gamat. Cik abe tengah memegang kayu tongkat ali.

Model Minyak Gamat Langkawi

Ulat gamat diproses untuk dijadikan minyak, nak tahu panas atau tidak...cubalah celupkan tangan, baru tau

Didalam akuarium Sea Life langkawi

 
Posing di kawasan artik..ha ha ha

Mana ikan duyung ni?

Posing bersama pingu...

Macam-macam ikan ada, cari ikan kembung tak der

Lokasi di Beras Terbakar

Peta Langkawi
Berlatarbelakang Dataran Helang
Di tepi pantai

Dataran Helang---> simbol menandakan telah sampai ke Langkawi



Wednesday, December 8, 2010

Aktiviti Yang Memenatkan Tapi Berbaloi Bila Sudah Siap---> Sejuk Mata Memandang

Alhamdulillah kerja berkebun telah selesai hari ini. Aduh penat bukan main, habis sakit satu badan. Maklum la dah lama tak berkebun. Pokok-pokok bunga ku pun hampir mati, maklumlah kurang penjagaan dari segi baja dan juga kurangnya kasih sayang daripada tuan yang menanam pokok.
Cuti sekolah yang diberikan digunakan sepenuhnya untuk membaikpulih pokok2 orkid yang hampir pupus dan pokok-pokok lain yang hampir mati. Menggunakan tulang empat kerat dan dibantu oleh suami yang memahami hobiku dan anak-anak syafiqah, asyraf dan hazim yang telah menjaga adik-adiknya, ammar dan balqis dapatlah aku menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai.
Ini adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa proses membaikpulih dan mengemaskinikan pokok-pokok bungaku yang hampir pupus ituuuuu.


Pokok Keladi Kuda Belang
Orkid yang hampir pupus



Mana bunga orkid2 ni?

Kena bubuh baja bunga lagi ni!!!


Pokok orkid tak der daun...kena dik hujan dan panas melampau, abis hilang daun2 orkid tu

orkid butterfly yang pertama kali berbunga...cantik betul!!

orkid harimau...lama lagi nak berbunga agaknya


pokok ada 'ong', iya ke?