Thursday, December 2, 2010

Hazim Berkhatan

Syukur Alhamdulillah, Hazim telah selamat berkhatan pd 1.12.2010 pada pukul 12.00tgh semalam. Hari ni masuk hari ke 2, semuanya berjln lancar. Tempat di klinik utm dan tlh dipotong olh Doc Omar dengan dibantu oleh medical assistant. Menggunakan cara 'clamp' sama macam Asyraf tahun lepas.

Baru balik semalam hazim cakap, "aahhh tak sakit pon", berlagak betul. Lewat petang baru lah menangis sakit...dapat komputer main games senyap kejap...lepas tu sakit balik. Tapi kira ok la jugak. Tak banyak kerenah.Hari ke 2 dah semakin ok, ikut jer la... makan bersuap, mandi dimandikan..macam putera raja, layan jer la sekali seumur hidup katakan...
6 Disember 2010, isnin depan kena pergi ke klinik utm semula utk buka 'clamp'.Diharap semuanya ok...aminnnn...

Sehari sebelum Hazim dikhatankan, menjamu selera di Mc D

Request by Hazim, chicken burger Mc D

No comments:

Post a Comment

Please Make Your Comment