Cuti sekolah yang diberikan digunakan sepenuhnya untuk membaikpulih pokok2 orkid yang hampir pupus dan pokok-pokok lain yang hampir mati. Menggunakan tulang empat kerat dan dibantu oleh suami yang memahami hobiku dan anak-anak syafiqah, asyraf dan hazim yang telah menjaga adik-adiknya, ammar dan balqis dapatlah aku menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai.
Ini adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa proses membaikpulih dan mengemaskinikan pokok-pokok bungaku yang hampir pupus ituuuuu.
Pokok Keladi Kuda Belang |
Orkid yang hampir pupus |
Mana bunga orkid2 ni? |
Kena bubuh baja bunga lagi ni!!! |
Pokok orkid tak der daun...kena dik hujan dan panas melampau, abis hilang daun2 orkid tu |
orkid butterfly yang pertama kali berbunga...cantik betul!! |
orkid harimau...lama lagi nak berbunga agaknya |
pokok ada 'ong', iya ke? |
No comments:
Post a Comment
Please Make Your Comment